Felda Masih Buru Empat Pemain Import


Jurulatih Felda United, Azmi Mohamed, belum memberi kata putus siapa yang akan mengisi empat kuota import musim depan dan akan terus membuka ruang kepada mana-mana pemain yang mahu menjalani pemilihan bersama pasukan itu.

Walaupun hanya Francis Forkey Doe sah digugurkan, nasib empat lagi pemain import seperti Zah Rahan Krangar, Lutfulla Turaev, Thiago Augusto Fernandes dan Gilberto Alemao masih samar-samar.

Ini kerana Azmi masih dalam tempoh menguji calon-calon import lain termasuk bekas penyerang kebangsaan Jamaica, Ryan Johnson.

"Hampir 80 hingga 90 peratus pemain sudah bersama pasukan. Cuma saya masih melihat kepada pemain luar terutama di bahagian serangan," kata Azmi.

Felda yang sah diperkuatkan Norshahrul Idlan Talaha dan Wan Zack Haikal Wan Noor, turut masih dalam proses memburu beberapa pemain tempatan.

Ia termasuk menguji dua pemain berpengalaman, Amirizdwan Taj Tajuddin dan Azidan Sarudin yang turut menjalani ujian pemilihan apabila diturunkan berdepan MISC-MIFA dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.

"Memang mereka menghadapi masalah untuk bersaing disebabkan proses selepas mereka menjalani pembedahan. Kami nampak pergerakannya masih lagi perlahan. Mungkin proses pemulihannya tidak berjalan dengan baik," tambahnya.

Felda menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua musim ini, lima mata di belakang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Via: Stadium Astro
Felda Masih Buru Empat Pemain Import Felda Masih Buru Empat Pemain Import Reviewed by Unknown on 9:36 PM Rating: 5

1 comment:

  1. components are completely examined and accredited by way of certified fitness practitioners. It acts as a perfect remedy for treating a extensive range of health disorders like neck spasm, back spasm, returned pain, muscle cramps and fibromyalgia.For more ==== >>>>>> http://testoupmaxfacts.com/ultimate-testo-explosion/

    ReplyDelete

SuriHatiMrPilot Copyright@2016. Powered by Blogger.