Jurutera Pesawat Ceburi Perniagaan
BIJAK, kreatif dan inovatif yang dimiliki Pengasas V'Asia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi menjadikan beliau tidak mudah leka dibuai dengan kejayaan yang dikecapi selama ini.
Azril komited dan fokus kepada perniagaan yang dijalankan sejak tujuh tahun lalu, demi memastikan rangkaian produk dan legasi perniagaannya kukuh dan menguasai pasaran.
“Glamor dan populariti pengasas sesuatu produk tidak menjanjikan apa-apa pulangan, ia adalah perkara nombor dua dalam mengukuhkan legasi perniagaan yang diusahakan selama ini” katanya.
Azril, 30, berpendapat populariti pengasas adalah untuk menjenamakan dan memperkenalkan produk sahaja tetapi kuasa membeli masih di tangan pengguna.
“Itu adalah pegangan saya selama ini. Saya fokus kepada menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan serta memastikan pelanggan akan kembali membeli produk saya secara berterusan,” katanya.
Anak jati Kuala Lumpur ini juga sangat selektif dan hanya muncul di beberapa rancangan televisyen sahaja antaranya Jom Singgah, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) dan Wanita Hari Ini. Jarang muncul ke depan, Azril menyifatkan produk adalah perkara utama yang harus dititikberatkan.
“Saya sendiri tidak mahu muncul ke depan sebagai langkah keselamatan. Sejak berada dalam dunia perniagaan, saya mengutamakan produk berbanding mencari glamor untuk diri sendiri,” katanya.
Menariknya, Azril yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pesawat ini tidak mempunyai asas ilmu perniagaan dan belajar daripada pengalaman yang dilaluinya pada setiap hari.
“Saya tidak malu untuk mengakui saya ‘zero’ dalam perniagaan ketika memulakan perniagaan, malah tiada ahli keluarga saya terlibat dalam perniagaan.
“Saya bertatih, merangkak dan berjalan sendiri untuk mempelajari selok-belok perniagaan. Jatuh, bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa dan saya menghadapinya dengan positif, saya yakin dengan rezeki ALLAH,” katanya.
Mengimbas kembali penglibatannya dalam dunia perniagaan yang sangat asing dalam kehidupannya selama ini, Azril berkata, ianya berlaku secara kebetulan.
“Saya mahu menjadi juruterbang tetapi ia dihalang kedua ibu bapa kerana mereka mahu saya terlibat dalam bidang lain. Saya nekad memilih jurusan tersebut yang dilihat mempunyai kaitan dengan cita-cita saya.
“Dalam tempoh pengajian tersebut di Universiti Kuala Lumpur, saya berjinak-jinak dalam perniagaan. Saya diperkenalkan makanan tambahan oleh rakan baik yang merupakan pakar pemakanan kerana saya obesiti,” katanya.
Azril berkata, masalah yang dialami iaitu beratnya mencecah 100 kilogram pada usia 19 tahun dan muka dipenuhi jerawat menyebabkan dia tidak yakin pada diri sendiri.
“Saya mahu berubah dan mencari alternatif untuk merawat jerawat dan mengatasi berat badan melampau. Alhamdulillah, setelah mencuba produk tersebut beberapa bulan, ia memberikan kesan kepada badan saya dan jerawat berkurangan.
“Perubahan positif itu, membuatkan rakan-rakan bertanya dan saya sendiri mahu berkongsi dengan mereka apa yang saya alami. Bertitik tolak daripada alternatif itu, saya mula terlibat dalam bidang perniagaan walaupun tidak pernah merancang mahu menjadi usahawan,” katanya.
Gigih yakinkan ibu bapa
Bermodalkan ratusan ringgit, Azril, memulakan perniagaan dengan membeli makanan tambahan tersebut dan dijual kepada rakan-rakan terdekat secara tidak serius dan bertujuan untuk menambah pendapatan sampingan sahaja.
Bagaimanapun katanya, jumlah permintaan produk tersebut meningkat dari semasa ke semasa dan dalam tempoh pengajian selama lima tahun, beliau berjaya menyimpan wang sebanyak RM50,000.
Tambahnya, selepas tamat pengajian, beliau diuji lagi dengan permintaan dari kedua ibu bapanya yang mahukan kerjaya terbaik buatnya.
“Saya diberikan tempoh selama dua tahun untuk meyakinkan mereka dan membuktikan bidang perniagaan yang diceburi akan memberikan kejayaan. Jika saya tidak berjaya, saya perlu menunaikan permintaan mereka untuk sambung belajar atau bekerja makan gaji.
“Alhamdulillah, saya berjaya meyakinkan mereka dan mempunyai legasi perniagaan sendiri. Pada 2010, saya keluarkan produk V'Asia dan saya tidak ada kena mengena dengan syarikat kosmetik dan kesihatan lain,” katanya.
Azril berkata, dia mempunyai strategi sendiri untuk mengukuhkan perniagaannya dengan meletakkan produk yang berkualiti terlebih dahulu sebelum beliau dikenali ramai.
Bijak rancang perniagaan
Azril juga seperti usahawan lain tidak dapat lari daripada berdepan dengan cabaran dalam memajukan V'Asia yang dianggap seperti anak kecilnya.
“Cabaran yang dihadapi dengan tidak berputus asa dan saya yakin setiap yang berusaha pasti berjaya. Tahun 2016 adalah tahun paling mencabar kerana berdepan dengan ramai usahawan segera yang menghasilkan produk cepat, mudah dan tidak mengambil langkah selamat.
“Ada segelintir daripada mereka melakukan proses pembungkusan sahaja kerana menggunakan produk yang diimport secara berleluasa kerana kekurangan penguatkuasaan daripada pihak berwajib. Seterusnya ia dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara atas talian (online),” katanya.
Jelasnya, usahawan segera mengambil kesempatan menjual produk mereka kerana kebanyakan rakyat Malaysia obses untuk mencerahkan kulit dengan mudah dan cepat.
“Mereka tidak sedar, tindakan mereka mengambil mudah mengenai penggunaan sesuatu produk yang tidak mengikut piawaian KKM akan memberikan kesan sampingan antaranya kulit akan rosak dan kesannya kekal.
“Saya mahu pengguna di Malaysia memilih produk yang mengikut piawaian yang ditetapkan KKM dan tidak menggunakan produk yang mengandungi bahan yang berbahaya. Saya formulakan sendiri produk dengan dibantu rakan yang merupakan pakar teknologi dan makanan, seterusnya mengeluarkan produk sendiri di kilang kami iaitu V'Asia Manufacturing Sdn Bhd yang beroperasi selama empat tahun,” katanya yang melaburkan RM3 juta untuk pembinaan kilang.
Selain kilang tersebut, Azril berkata, V'Asia melalui Prestige Herbs Sdn Bhd menjadi pembekal komponen tulen (OEM) kepada 10 pengeluar kosmetik.
Kedua-dua kilang tersebut mempunyai 90 pekerja.
“Ramai yang datang menemui saya kerana mahu menjadi usahawan dan mempunyai jenama sendiri. Alhamdulillah, kini kebanyakan yang bekerjasama dengan saya menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.
Azril berkata, walaupun masih muda, beliau tidak membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan.
Selain berdepan dengan cabaran usahawan kosmetik segera, Azril juga pernah ditipu rakan kongsi dan mengalami kerugian besar pada 2008.
“Saya belajar sesuatu iaitu apabila kita berkongsi, ia agak sukar untuk membuat keputusan dan menyebabkan saya mengambil keputusan bergerak sendiri. Bekas rakan kongsi mengambil tindakan mahkamah terhadap saya, Alhamdulillah, saya menang dalam kes tersebut.
“Pada masa itu, saya menggunakan jenama lain dan saya bangun secara positif. Saya perlu memenuhi kehendak pengguna yang mahu produk berkesan, berkualiti tinggi dan harga mampu milik. Saya laksanakan kriteria itu terhadap produk pertama saya iaitu Apple Fibre + Collagen, Soy Collagen dan Ladies Collagen,” katanya.
Tambahnya, setakat ini, jumlah rangkaian produknya meningkat kepada lebih 120 produk.
'Semakin berisi semakin tunduk'
Walaupun masih muda, Azril sudah bergelar jutawan, namun dia tidak pernah mendabik dada dengan kejayaan yang dimiliki.
“Dari dahulu sehingga kini, saya mahu menjadi diri saya sendiri iaitu seperti padi semakin berisi semakin tunduk.
Sebagai usahawan, saya perlu kreatif dan inovatif serta menghasilkan produk yang menepati permintaan dan kehendak pengguna.
“Saya mengambil langkah berhati-hati dan produk V'Asia sentiasa menjadi perintis terhadap sesuatu produk yang berada di pasaran serta bebas produk tiruan.
“Ada pesaing yang menghasilkan produk serupa dan menawarkan harga lebih murah, namun tidak bertahan lama. Saya melihat ia sebagai persaingan yang sihat dan yakin untuk bertahan dalam bidang ini, kualiti produk amat diutamakan dan memenuhi kepercayaan pengguna,” katanya.
Jutawan muda ini mahu ramai Bumiputera terlibat dalam bidang perniagaan kerana tanpa disedari ekonomi dimonopoli bangsa asing.
“Mungkin kita selesa dan mempunyai hak eksklusif, kesedaran kita masih kurang untuk mengambil peluang yang ada. Ada juga yang meminjam wang daripada kerajaan tetapi tidak menggunakan dengan sebaiknya,” katanya.
Azril berkata, V'Asia mempunyai 120 stokis dan 12,000 ejen di Malaysia, Singapura dan Brunei.
“Sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen V'Asia bermodalkan RM350 dengan keuntungan 30 peratus. Selain membeli melalui stokis dan ejen, V'Asia juga boleh di perolehi daripada laman web beli belah atas talian, Lazada.
“Produk V'Asia mencatat jualan tertinggi bagi kategori produk kesihatan dan kosmetik. Kami bekerjasama dengan Lazada sejak setahun lalu. Produk V'Asia adalah 80 peratus produk kesihatan, manakala selebihnya merupakan kosmetik,” katanya.
Antara produk V'Asia ialah Ladies Collagen, Advance White, Perfect Man,Orrange Fibre + Collagen dan Apple Fibre + Collagen.
Malah katanya, produk V'Asia tidak menggunakan bahan terlarang, bebas hidrokinon, merkuri dan bahan kimia lain.
Azril berkata, V'Asia menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 10 produk baharu pada 2017 dengan jumlah pelaburan lebih RM1 juta.
“Produk tersebut adalah penjagaan wanita dan lelaki, solekan, ‘color cosmetic’. V'Asia sebagai peneraju produk kesihatan dan makanan dijual pada harga berpatutan iaitu serendah RM5 sehingga RM200 sahaja.
"V'Asia mementingkan pembangunan dan penyelidikan setiap produk yang dihasilkan bertaraf Amalan Pengilangan Terbaik (GMP) dan Halal Jakim serta Mesti.
“Saya tidak mahu melariskan produk dengan menggunakan iklan semata-mata, oleh itu saya akan pastikan produk saya berkualiti dan mengambil pendekatan rendah diri.
"Saya mengagumi beberapa usahawan tempatan yang tidak menonjol, namun aset mereka di luar jangkauan kita sendiri,” katanya.
Tembusi pasaran Indonesia
Seiring perkembangan syarikatnya, Azril kini fokus meluaskan pasaran rangkaian produknya ke peringkat antarabangsa berikutan permintaan tinggi daripada pengguna.
“Alhamdulillah, menjelang akhir tahun depan, produk V'Asia akan menembusi pasaran Indonesia. Saya memilih negara tersebut kerana V'Asia mempunyai permintaan tinggi dari penduduk negara tersebut.
“V'Asia menjadi pilihan warga Indonesia yang bekerja di negara ini dan ia dipromosikan kepada saudaramara dan rakan mereka di negara itu.
Sekarang kami dalam proses dokumentasi untuk memasuki produk ke sana dan masih menunggu kelulusan pihak berwajib negara tersebut,” katanya
Azril berkata, syarikatnya kini dalam proses membuat pembungkusan baharu untuk memasuki pasaran Indonesia yang akan dimulakan dengan memasuki 10 lokasi antaranya Jakarta, Sulawesi, Aceh, Bandung dan Medan.
“Kebanyakan pelanggan kami mengakui produk V'Asia menjadi pilihan kerana ia adalah produk berkualiti dan harga mampu milik. Ia memberikan impak yang positif apabila produk V'Asia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.
V'Asia juga memenangi tiga tahun tahun berturut-turut Asia Pacifik Super Health Brand Award sejak 2014.
“Alhamdulillah, ia adalah tanda penghargaan terhadap usaha saya selama ini dan tidak menjadikan saya hanya perlu duduk diam.
"Saya perlu berusaha lebih keras untuk memastikan legasi V'Asia dikembangkan,” katanya.
Via: Sinar Harian
Jurutera Pesawat Ceburi Perniagaan
Reviewed by Unknown
on
9:10 PM
Rating:

normal inclusion of nice herbal weight gaining supplements boosts metabolism and improves muscle gain naturally. consumption of satisfactory weight advantage dietary supplements to construct muscle tissues is located to be as an great treatment for treating a extensive range of fitness issues. For more ==== >>>>>> http://testoupmaxfacts.com/ultimate-testo-explosion/
ReplyDeleteKami adalah organisasi yang dibentuk untuk membantu orang yang membutuhkan
ReplyDeletebantuan, seperti bantuan keuangan. Jadi, jika Anda melalui keuangan
Masalahnya, jika Anda mengalami kekacauan finansial dan membutuhkan dana
memulai bisnis Anda sendiri atau Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi hutang atau membayar
tagihan, memulai bisnis yang bagus atau Anda merasa sulit
mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal, hubungi kami hari ini melalui e-mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com
"Jadi, jangan biarkan kesempatan ini berlalu begitu saja,
Anda disarankan untuk melengkapi dan mengembalikan rinciannya di bawah ini ..
Namamu: ______________________
Alamat Anda: ____________________
Negaramu: ____________________
Tugas Anda: __________________
Jumlah pinjaman yang dibutuhkan: ______________
Jangka waktu pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nomor handphone: ________________
Apakah anda mengajukan pinjaman sebelumnya: ________________
Jika Anda mengajukan pinjaman sebelumnya, di mana Anda diperlakukan dengan jujur? ...
Bertindak cepat dan keluar dari tekanan finansial, kekacauan, dan tantangan
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e-mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com