Kejutan Di Gegar Vaganza : Nora Tersingkir DiSeparuh Akhir
KUALA LUMPUR,: Gegaran penyanyi Nora terhenti apabila tersingkir untuk mara ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) Ahad depan bersama enam peserta lain.
Finalis GV3 akan menyanyikan dua lagu selepas Azharina mendapat markah tertinggi juri diikuti, Zarul Umbrella, Siti Sarah, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie.Kesemua peserta bakal merebut hadiah juara RM100,000 beserta trofi yang bakal berlangsung di Auditoriom Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Minggu separuh akhir menyaksikan setiap peserta menyanyikan lagu solo dan duet bersama artis undangan.
Pemilik nama sebenar Nora Ariffin, 43, minggu lalu dikecam media sosial apabila menolak lagu pilihan media “All I Ask” nyanyian Adele dan memilih lagu sendiri Sandiwara.
Namun pada konsert malam tadi, Nora menyahut cabaran menyanyikan lagu tersebut dengan menggabungkan lagu Sandiwara.
-MSN
Kejutan Di Gegar Vaganza : Nora Tersingkir DiSeparuh Akhir
Reviewed by Unknown
on
2:34 PM
Rating:

No comments: