Rashwealth Group mahu buka kilang di China
Rashwealth Group Sdn Bhd (Rashwealth Group),
Pengeluar produk kesihatan, yang berteraskan perniagaan jualan langsung, merancang untuk membangunkan sebuah kilang di China pada tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razi’ie Mahmod berkata, Rashwealth Group kini dalam perbincangan dengan beberapa pelabur di China, berhubung perkara itu.
“Kami memilih pasaran China kerana potensinya yang besar dan mempunyai pasaran yang luas di sana, selain populasi penduduk yang ramai iaitu lebih 1.3 bilion.
“Ketika ini, kami memiliki sebuah kilang memproses semua produk kesihatan kami, Rashwealth Biotech di Kajang, Selangor, yang beroperasi sejak tiga bulan lalu,” katanya pada majlis konvensyen kali ke-5 Rashwealth Group di Cyberjaya, baru-baru ini.
Walaupun menghadapi situasi ekonomi tidak menentu pada masa ini, Razi’ie berkata, Rashwealth Group optimis untuk mengekalkan momentum syarikat itu.
Katanya, Rashwealth Group turut mengeksport produk mereka ke pasaran luar negara seperti Turki, Maldives dan Afrika Selatan.
“Sehingga November ini, syarikat berjaya mencatatkan perolehan berjumlah RM20 juta,” ujarnya.
Pada majlis itu, Rashwealth Group memberi pengiktirafan kepada lebih 50 pengedar syarikat itu di seluruh Malaysia sebagai menghargai usaha mereka yang mencapai sasaran jualan ditetapkan syarikat.
Syarikat itu turut memperkenalkan rangkaian produk baharu, Peetaya, yang membantu untuk mencerahkan kulit.
Selain itu, Rashwealth Group turut menawarkan khidmat kontrak pengilangan kepada usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk sendiri.
Rashwealth Group mahu buka kilang di China
Reviewed by Unknown
on
9:35 PM
Rating:

No comments: