Buka Galeri Jual Tilam Hotel

BERMULA dengan niat ingin membantu rakan, Nurul Huda yang dahulunya merupakan kakitangan sebuah hotel tempatan, diberi tugasan mencari kilang untuk menukar tilam hotel.
“Ketika itu, saya bekerja di bahagian perolehan hotel dan diberi tanggungjawab mencari tilam dan barangan lain untuk ditukar kepada baru.
“Dengan maklumat mengenai spesifikasi tilam dan cadar yang dihendaki pihak hotel, saya telah meninjau beberapa kilang terdekat,” katanya.
Oleh sebab pembelian dilakukan secara pukal, dia harus mencari kilang pengeluar tilam kerana harga ditawarkan pembekal agak mahal.
Dari situ, dia belajar mengenal pasti kualiti dan harga tilam dengan lebih tepat.
Malah dia juga dapat mengetahui perbezaan jenis tilam sedia ada di pasaran.
“Berbeza dengan tilam lain, tilam hotel mempunyai kualiti dan tahap ketahanan yang tinggi.
“Seperti yang kita ketahui, ragam manusia pelbagai, jadi sekiranya tilam tidak berkualiti maka pihak hotel perlu menukar dengan lebih kerap dan menyebabkan kerugian.
“Spesifikasi tilam hotel berbeza daripada tilam lain dari segi ketahanan dan material tilam itu sendiri,” katanya.


Pengusaha perniagaan Tilam Hotel Online by Venezia Suite itu yakin dengan kualiti tilam satu jenama terkenal, dan memutuskan untuk membeli jenama tersebut bagi pihak bekas majikannya.
Dalam masa sama, kakitangan dan ahli keluarganya turut menyelit tempahan untuk tilam berkenaan dan dia berjaya mengumpul RM2,000 hasil upah yang diterima daripada pembelian tersebut.
Kemudian, Nurul Huda mula menjual tilam hotel kepada orang luar selepas waktu bekerja.
Rentetan masa yang terhad, dia mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya kepada perniagaan itu.
“Mulanya saya berniaga hanya untuk main-main sahaja dan tidak pernah putus asa.
“Namun sokongan keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya lebih serius memandangkan aktiviti ini mula mengganggu kerjaya saya,” katanya.
Hampir empat tahun mengusahakan perniagaan itu, Nurul Huda dan suaminya, Hafizuddin Mohamed yakin bahawa keputusan untuk berhenti kerja di hotel tersebut adalah satu keputusan yang tepat.
Permintaan meningkat
Memandangkan permintaan semakin banyak, Nurul Huda melantik ejen secara dropship menggunakan medium WhatApps.
Ternyata formulasinya itu berjaya mengumpul 50 ejen di bawahnya hampir seluruh negara.
“Stok tilam dan cadar hotel disimpan di rumah kami sehingga laluan masuk hanya memuatkan seorang sahaja pada satu masa.
“Memandangkan ruang semakin sempit, dua bulan lalu kami membuka galeri tilam bagi memudahkan pelanggan walk in ke kedai kami.
“Ia juga memudahkan pelanggan untuk merasai sendiri nikmat tidur di atas tilam itu, seolah-olah berada di hotel,” katanya.
Memandangkan jualan semakin meningkat, dia juga menggunakan khidmat penghantaran terus ke muka pintu pelanggan bagi memastikan barangan yang ditempah tiba pada waktu yang ditetapkan.
Kemuncak perniagaan itu adalah pada 2015 apabila dia menerima tempahan sehingga ribuan dan pihak kilang juga memintanya untuk berkongsi pengalaman mengenai kejayaannya itu.
“Melihatkan pada prestasi jualan, saya bersyukur sepanjang perniagaan ini berjalan, syarikat sudah menjual kira-kira 5,000 unit tilam dan 10,000 unit bantal.
“Harga yang kami tawarkan pula jauh lebih rendah dan mampu milik, bermula dengan harga tilam bujang RM645 hingga saiz King RM2,200,” katanya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Nurul Huda (013-4245401) atau layari ke Facebooknya, 'Tilam Hotel Online by Venezia Suit' yang menawarkan ketebalan tilam daripada 9.5 inci hingga 14 inci.
Didik pelanggan
Menganggap tilam sebagai barang keperluan, Nurul Huda meluahkan rasa kecewa apabila ramai pembeli tertipu ketika membeli tilam.
Katanya, pembeli tidak mengendahkan kualiti tilam sebaliknya mencari barang itu dengan harga murah.
“Sebenarnya, kos yang mereka keluarkan akan bertambah pada tiga tahun akan datang kerana keadaan tilam yang tidak sama seperti dulu.
“Kebanyakan tilam tidak mempunyai fungsi tertentu berbanding tilam hotel.
“Mereka perlu tahu bahawa setiap tilam hotel mempunyai hayat lebih panjang kerana diperbuat dengan bahan berkualiti tinggi.,” katanya.
Menurutnya, hotel tilam sangat istimewa kerana tidak dijual secara komersial di pasaran.
Katanya, tilam hotel mempunyai daya ketahanan henyakkan lebih tinggi dan hayat lebih panjang berbanding tilam biasa.
Terdapat dua jenis tilam yang ditawarkannya seperti 'miracoil' dan 'heavy duty'.
Kebanyakan penjual tilam di kedai perabot tidak menjelaskan mengenai kualiti tilam yang dijual, sebaliknya lebih kepada banding harga.
Begitu juga pembeli, mereka memilih tilam yang mampu dibeli dengan harga tinggi tanpa mengetahui kualiti tilam itu.
“Mereka tidak tahu, dalam tempoh tiga tahun, mereka terpaksa menukar tilam baru kerana sudah kendur dan mengalami sakit belakang.
“Kualiti tilam hotel yang kami tawarkan iaitu tahan lama, selesa dan lebih tebal,” katanya.
Via:SinarHarian
Buka Galeri Jual Tilam Hotel Buka Galeri Jual Tilam Hotel Reviewed by Unknown on 8:57 PM Rating: 5

1 comment:

  1. terimakasih atas informasinya, apakah ada lowongan kerja lampung yang masih tersedia, atau ada info tentang loker cpns dan loker bumn saat ini, karena saya ingin keluar kerja dari jasa intro video yang pekerjaanya adalah jasa editing video

    ReplyDelete

SuriHatiMrPilot Copyright@2016. Powered by Blogger.