PM Najib, Hadi Kongsi Pentas Solidariti Buat Rohingya


  KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang hari ini berkongsi pentas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi membentuk kesepakatan suara mengecam kezaliman Myanmar terhadap etnik Rohingya. Ahli Parlimen Marang itu dalam ucapannya menyifatkan apa yang berlaku di Myanmar bukan saja memerlukan campur tangan Malaysia, malah seluruh dunia.
 Dalam ucapannya di Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pagi tadi, Hadi turut menjelaskan Islam mendahului semua ideologi lain dalam mempertahankan hak asasi manusia. Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan antarabangsa khususnya kuasa besar dunia yang membisu terhadap isu penindasan Rohingya di Myanmar. "Mana rasa hati kerajaan antarabangsa khususnya kuasa besar dunia yang sebelum ini campur tangan di Iraq kerana kepentingan ekonomi tetapi kini mengetepikan ihsan kemanusiaan. "Kita perlu mewujudkan campur tangan antarabangsa, mendahulukan diplomasi dan kemudian secara darurat yang boleh difikirkan bersama bagi menyelamatkan nyawa manusia, khususnya wanita, orang tua dan kanak-kanak dizalimi. "Jangan hari ini manusia menghormati hak kebinatangan, hak menjaga hidupan liar lebih penting daripada menjaga manusia yang dibunuh dan diseksa," katanya. Pada majlis itu, Najib turut menurunkan tanda tangan di atas kain rentang dan plak, tanda sokongan mempertahankan nasib etnik tertindas itu.


PM Najib, Hadi Kongsi Pentas Solidariti Buat Rohingya  PM Najib, Hadi Kongsi Pentas Solidariti Buat Rohingya Reviewed by Unknown on 3:33 PM Rating: 5

No comments:

SuriHatiMrPilot Copyright@2016. Powered by Blogger.