Coretan Hati Norhafiz 'ANGAH' Zamani Misbah


CORETAN HATI NORHAFIZ 'ANGAH' ZAMANI MISBAH 




Sekadar bercerita..Angah pernah bermain dengan banyak team..Bermula Negeri Sembilan - Pahang - Kl Plus - Negeri Sembilan..Semua team yang Angah wakili memiliki penyokong yang kuat..Tapi semasa era kebangkitan Kelantan(2008-2013),
Angah perhatikan bahawa Kelate mempunyai penyokong yang bukan hanya ramai tapi cukup bersemangat dan fanatik..Beberapa kali bertemu Kelantan diSSMIV meninggalkan memori indah buat Angah..

Sebelum bertandang keSSMIV,kami dah mula gelisah..Sukar buat kami berdepan dengan ribuan penyokong yang sangat bersemangat..Ketika itu,untuk menang bertemu Kelantan adalah mustahil tapi seri adalah seperti menang..Terdetik ketika itu dihati Angah,seronoknya dapat beraksi didepan fans yg sungguh bersemangat seperti anda semua..Tiap kali Kelate masuk final,Angah takkan lepaskan peluang utk menonton dan Kelate sudah pasti pilihan.. terdetik lagi alangkah seronoknya dapat jadi sebahagian dari anda semua..

Bila ditakdirkan utk bersama TRW2015, Angah tak pikir panjang terus setuju..Walaupon ketika itu,sokongan sedikit menurun,Angah tetap berbangga dapat berjuang demi anda semua dan sehingga musim ni Angah masih berharap yg sokongan anda semua KEMBALI MENGGEGAR seperti sebelum ni..Mahukah anda semua menjadi sebahagian daripada kami untuk musim 2017?Angah yakin,korang mampu KEMBALI mengaum garang demi TRW..
Ayuh..Kita semarakkan sokongan kepada pasukan kita..TRW2017,Angah yakin..Kita akan KEMBALI menjadi pesaing hebat!!Kami mahukan suara anda agar kami dapat bangkit..Kami sayangkan anda semua kerana kita berada dibawah satu bendera..KELANTAN DARUL NAIM..

SUMBER: FB NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
Coretan Hati Norhafiz 'ANGAH' Zamani Misbah Coretan Hati Norhafiz 'ANGAH' Zamani Misbah Reviewed by Unknown on 1:18 AM Rating: 5

No comments:

SuriHatiMrPilot Copyright@2016. Powered by Blogger.