Dilema Diantara KAFA dan Air Mata Peminat
Aku cuba tulis se-tak-bias mungkin.
Bias aku amat tebal kepada orang bola, padang bola dan bola sepak.
Kita semua tahu dan jangka akan pertembungan bukan bola mungkin akan berlaku pada 29.12.2016. Yang pasti penyokong bola akan terpecah dan bola kelantan itu sendiri menjadi kambing.
Dengan pengunduran TSAM dari KAFA, misi utama beliau mungkin menuju ke FAM. Menjadi presiden tidak boleh memegang mana-mana kerusi di pasukan/kelab.
Ini seakan kelihatan jelas dalam beberapa pertembungan TSAM dan TMJ. TSAM ada peluang besar jika pertandingan kerusi FAM dipertandingkan secara terbuka.
Hampir kebanyakan pemegang undi di setiap pasukan adalah rakan sebidang dengan TSAM. TSAM bijak membaca peluang.
TMJ mengekang dengan teori membina proksi. Lebih malang TMJ mencalarkan reputasi 'calon'. Semua tahu, mungkin TSAM mampu menang dengan undi presiden persatuan.
Tapi TSAM tau majoriti penyokong bola sepak Malaysia tidak mahukan beliau di FAM.
TSAM mahukan jawapan segera dari TMJ, TSAM sudah dapat jawapan. TSAM mungkin membuat pusingan U di KAFA. KAFA adalah pilihan ke-2 TSAM.
Kelantan berada dalam kecelaruan selama beberapa minggu selepas TSAM keluar. Tidak salah mengatakan rupanya KAFA terlalu bergantung kepada TSAM.
Ia membawa kepada persoalan, bagaimana 14 ahli exco KAFA layak berada di saf pengurusan KAFA?. Beberapa minggu itu juga membogelkan kemampuan ahli ahli exco.
Merujuk kepada sesi pemilihan ahli exco pada 2014 untuk penggal 2014-2018. Apabila ada segelintir penyokong mengutarakan kenapa tiada orang bola di dalam barisan itu. Mengikut penekanan yang diberikan TSAM, mereka yang mahu berada di barisan itu perlu mempunyai kemampuan untuk mencari dana.
Selepas TSAM keluar, ternyata dana 800k yang mampu dicari oleh 14 exco membayangkan segala galanya.
Bbbsk muncul dengan segala kecelaruan dan kebosanan terhadap KAFA. Membayangkan menarik diri dan kegilaan dengan angka 15 juta bukan penggemar bola sepak mahukan.
Bola sepak sudah tidak bola sepak lagi. Bola sepak sudah bertukar menjadi misi pencarian mencari hero. Hero itu filem, bukan bola sepak.
Tanggal pada hari ini, Najib memberi bayangan akan membantu kelantan. Syukur... ambil sahaja untuk bola sepak. Cuma kekal kepada bola sepak.
Najib hanya menyebut Kelantan tidak untuk Selangor dan Perlis. TSAM lebih bijak dari 2 itu.
Dalam masa sama, halaman rasmi dengan pantas 'berkongsi' berita ini laman rasmi, sedangkan usaha bbbsk sudah memasuki hari ke-3. Walhal, kedua-duanya untuk bola sepak Kelantan.
Dalam bbbsk ada orang bola, jadi saya amat bias dengan perkara sebegini. Bukan PBSMMK tetapi Era 80an dan LAGENDA KELANTAN.
Walau apa yang berlaku pada 29.12.2016, saya fikir mereka tidak mengapa. Idea sentiasa ada. Ambil sahaja, kita tahu berapa juta pun yang dimasukan ia akan habis dalam masa singkat.
Ada baiknya juga, pergi pelan B dan C, teruskan kerana ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk bola sepak Kelantan. Hasil boleh dilaburkan kepada aset kekal seperti mewujudkan pusat urus tadbir dan padang latihan.
Perkara yang KAFA tidak pernah ada adalah 2 perkara ini. Kita mencari titik sama dalam bola sepak walau tidak selari.
Sumbangan penyokong bola akan lebih bermakna jika penyokong itu sendiri melihat hasil sumbangannya.
"Padang tu ayah ada derma dulu RM30.... bla bla bla...." kata ayah kpd anak, 2058.
Part TRWFC tu memang pelik....
Atas dasar bola,...
Atas dasar bola,...
Jika benar TSAM muncul, bersihkan segala ahli KAFA, masa untuk masukan ilmu bola dalam persatuan. Masukan orang² bola. Sekian...
Credit: FB Page: Zuraimi Zukri
Dilema Diantara KAFA dan Air Mata Peminat
Reviewed by Unknown
on
11:50 PM
Rating:

No comments: