Isu Bola Sepak Kelantan Yang Harus Diketahui Oleh Penyokong

PANDANGAN PERIBADI
Pertama sekali ambo mohon JUTAAN kemaafan sekiranya tulisan ini mengganggu malam2 indah & 'rehat' mana2 pihak
Bolasepak milik marhaen & ia seharusnya kekal dlm 'darjatnya' kerana CUBAAN menjadikan ia hak mutlak kelompok tertentu akhirnya akan memusnahkan nilai yg terdapat pd SUKAN itu sendiri
tulisan ini juga tidak BERMAKSUD 'menjilat semula ludah' kerana harus JELAS tanggungjawab dlm sesebuah organisasi tidak harus dipikul oleh seorang individu semata-mata bahkan semua pihak harus mengambil peranan JATUH & BANGUN bersama


i) NILAI KEKELUARGAAN
Cubaan jatuh menjatuh & mencari PENGARUH, membentuk KUMPULAN dlm KAFA menyaksikan siapa sahaja yg tidak sebulu dgn 'exco' SENIOR & SUA akan dicantas terlebih awal..sebagai CONTOH jika ditanya kpd seluruh pemain & penyokong pasti hanya 1 nama yg BERLEGAR dlm kepala mereka sbg pengurus
ii) PEMILIHAN PEMAIN
siapa yg harus KEKAL, siapa yg mesti PERGI, import pilihan sudah ada dlm senarai mereka (SUA & exco SENIOR) sehingga perkara ini berjaya dihidu Popov..Ia juga MUNGKIN menjadi sebab jurulatih itu enggan menandatangani kontrak baru selain permintaan beliau yg mahu kesemua tunggakan gaji dibayar & memastikan ia tidak berlaku lagi pd masa depan sbg antara SYARAT utk beliau kekal
iii) 'TINDAKAN BIJAK' tidak kena pada waktu
BAYANGKAN sewaktu pemain2 sedang bersemangat utk berdepan PDRM (suku akhir Piala Malaysia) ada pemain yg diberikan surat AMARAN utk penamatan KONTRAK yg sekaligus menjatuhkan moral keseluruhan pasukan tatkala mereka sedang berjuang utk ke separuh akhir & sebenarnya sedang bermain secara 'percuma'
iv) TUNGGAKAN GAJI
2 bulan utk tahun 2015 (Oktober & November) serta memasuki 3 bulan utk 2016 tidak termasuk tunggakan yg melibatkan skuad anak2 muda serta 'pinjaman' dgn FAM memperlihatkan kegagalan urus tadbir pd peringkat SERIUS
v) WANG PENAJAAN
sikap sesetengah PENAJA yg menggunakan kedudukan TSAM pd peringkat nasional & menjanjikan 'bulan & bintang' namun akhirnya gagal melunaskan (sejak beberapa musim lalu) jumlah yg DIJANJIKAN & pelbagai alasan diberikan..namun atas persahabatan ia 'disenyapkan' kerana mahu menjaga air muka pihak tertentu
vi) HASRAT peminat untuk MENGGUNAKAN pemain muda
HASRAT peminat yg mahu KAFA berjimat cermat & berbelanja secara SEDERHANA nampak ideal tetapi harus diketahui REALITINYA anak muda ini juga dilayan seperti HAMBA & 'kebajikan' mereka juga selalu terabai..terdengar nama SUA & exco 'SENIOR' ini juga hampir 'termuntah' mereka kerana TEMBERANG & TEMBELANG mereka sudah menjadi seakan 'permainan'
vii) EXCO LAIN yg 'tidur' & sekadar MENCUKUPKAN KUOTA
ada antara barisan pengurusan lebih banyak menghabiskan masa di ibu negara berbanding di Kota Bharu BAHKAN ada antara mereka yg sukar utk kelihatan pd bahagian astaka semasa hari perlawanan (meskipun ada KUOTA utk mereka)..banyak pertfolio yg TERABAI malah ada Jawatankuasa hanya tinggal nama tanpa sebarang kerja buat apatah lagi MENGHARAPKAN exco2 tempelan ini membawa masuk TAJAAN, BUAH FIKIRAN mahupun CADANGAN yg boleh mengembalikan kegemilangan TRW..seperkara yg mereka tidak lupa adalah KUOTA tiket Final utk mereka seandainya TRW berjaya ke Bukit Jalil
viii) GUNTING DALAM LIPATAN
Pastinya ada 'orang dalam' yg BAHAGIA melihat TSAM tersungkur..mereka tersenyum dlm hati walaupun mata mereka nampak BASAH berlinang air mata 'menangisi' pemergian seorang tokoh..AMANAH adalah beban berat yg harus dipikul bukan BERBANGGA atas nama jawatan jika mereka sedar
TO BE CONTINUE
copy@paste:
FB: Kelab Scoreboard SSMIV





Isu Bola Sepak Kelantan Yang Harus Diketahui Oleh Penyokong Isu Bola Sepak Kelantan Yang Harus Diketahui Oleh Penyokong Reviewed by Unknown on 10:49 PM Rating: 5

No comments:

SuriHatiMrPilot Copyright@2016. Powered by Blogger.