KAFA - Kasih Yang Tak Di Dendang
Zahasmi masih di Kota Bharu. Lebih menarik beliau sedia membuka pintu rundingan jika KAFA berminat mahukannya untuk musim 2017.Lebih menarik MOF memberi ruang untuk Zahasmi sehingga Khamis. Jika tiada ahli KAFA berminat, maka Zahasmi akan ke Kuala Lumpur pada rabu untuk menandatangani kontrak bersama MOF.
Kalau KAFA dihuni oleh orang² yang ada DAN bola, ini dikatakan peluang ke-3. Sundram tidak datang untuk minta kerja, Popov juga. Orang KAFA yang pergi cari. Takkan sebab Zahasmi makan budu, ahli KAFA yang miskin jadi berlagak nak mampus dengan word "mung nok, mung cari aku" "mung nok lebih, gi cari llain".
KAFA berterusan gagal mengekalkan pemain dan individu terbaik sejak 3 musim. Atas alasan duit untuk menutup kelemahan ilmu bola. Zahasmi gagal dikekalkan pada musim 2015 selepas mencatat statistik hebat. Popov gagal dikekalkan selepas menunjukan taktikal moden.
Apabila Zahasmi cuma memerlukan 10 perlawanan untuk menambah 17 mata liga yang sebelumya hanya 11 mata dari 12 perlawanan. Apa KAFA nampak?
Apabila Zahasmi mencipta pasukan mesin gol dengan pasukan berjaya menjaringkan 3 gol lebih dalam 10 dari 16 perlawanan, apa KAFA nampak?
Apabila Zahasmi meningkatkan permintaan gaji yang mana tetap menjadi HC paling murah di MSL, apa lagi KAFA mahu? Zahasmi ke MOF dengan meningkatkan 4x ganda apa yang diterima di Kelantan.
KAFA ada calculator ke tak? Jika KAFA membayar apa yang diterimanya sekarang ia tetap menjadi HC paling murah di MSL, Jauh lebih murah dari V.Sundram, Devan dan Popov.
Peluang hadir selepas Popov pergi. Kenapa Zahasmi bukan Sathia, Mat Zan atau Encik Smith?
1. Statistik dia cukup baik di Kelantan ketika memangku pasukan dalam keadaan 99.9% mental.
2. Statistik perbandingan di MOF pada eranya dan sebelum menunjuk peningkatan.
3. Murah, dan ada extra sentimen untuk berkhidmat kpd pasukan yang disokongnya.
4. Kelantan perlu berjimat, ketua jurulatih type create article sebelum cerita pasal piala.
5. Pemain pelapis dan presiden masih lagi dalam pembikinan beliau pada 2-4 tahun lepas.
6. Geng tangan ghaib, geng bukit marak, geng ex players adalah rakan²nya yang boleh diimbangi olehnya.
7... tambah sendiri.
#Analisis Statistik dalam musim luruh Kelantan.
1. Walaupun Zahasmi hanya mencatat 40% menang berbanding Boateng (+5%). Peratusan tanpa kalah Zahasmi paling tinggi iaitu 75%.
Itu membawa maksud ada lebih keputusan seri, dan seri itu boleh distudy untuk ditukar menjadi menang. Popov dibelakang Zahasmi. Kedua² ada corak yang sama berkaitan statistik ini.
2. Zahasmi no.1 peratus kalah paling sedikit iaitu cuma 27% didepan Popov 30%.
3. Paling menarik, Zahasmi si pemain pertahanan melakukan magis mencipta pasukan mesin gol dengan ratio jaringan 1.83 setiap perlawanan.
Gagal disaingi oleh Darby, Boateng, Azrai, Devan malahan Popov.
4. Permainan terbuka biasanya menghasilkan bolos yang banyak, tetapi Zahasmi masih lagi ke-4 terbaik iaitu 1.44. Hanya beza +0.03 berbanding Boateng yang gaya permainan tertutup.
5. Ratio mata Zahasmi rendah berbanding Popov dan Boateng, tetapi analisis statistik menunjukan masalah itu banyak berpunca dari seri bukan kalah.
Kesimpulannya..
Dalam beberapa minggu lepas ada 1 ahli KAFA berkata "HC dimalaysia nie ramai yang tiada job".
Persoalan...
Memang HC ramai, tapi type HC banyak. Type HC macamana KAFA mahu dengan keperluan dan situasi KAFA sendiri?
Dalam beberapa hari lepas...
KAFA sedang mengintai import dan menyain pemain.
Credit: Facebook PAGE Sang Saka Merah TRW [full_width]
KAFA - Kasih Yang Tak Di Dendang
Reviewed by Unknown
on
4:27 PM
Rating:

No comments: