APA ITU BBBSK?
BBBSK adalah satu entiti yang diwujudkan hasil tindakbalas dari ketidak tentuan KAFA berhubung perjalanan pasukan bagi musim 2017.
3 persatuan yang bergabung membentuk BBBSK menjadi satu platform penghubung antara penyokong yang ingin membantu bola sepak Kelantan.
KENAPA SUMBANGAN, BUKAN BISNES UNTUK BOLA?
BBBSK cuma satu kumpulan alternatif, cara menggunakan kaedah derma dan sumbangan memang tidak relevan.
Dengan masa yang singkat iaitu kurang dari 4 minggu, mustahil untuk melakukan bisnes dan disumbangkan kepada bola sepak Kelantan.
Kewangan KAFA sudah runtuh sepenuhnya tanpa penaja dan bisnes.
APA YANG MENARIK TENTANG BBBSK
Satu gabungan dari 2 kumpulan bekas pemain-pemain bola sepak Kelantan. Sudah pasti mereka bukan ikon perniagaan, bukan ikon pemimpin tetapi mereka adalah ikon bola sepak.
2 kumpulan adalah 100% yang dianggotai oleh bekas pemain bola sepak. Harus faham, 2 kumpulan ini bukan kelab perniagaan, ia cuma kelab bekas pemain.
2 kumpulan yang boleh dipertikaikan jumlah wang mereka ada tetapi sukar mempertikaikan jumlah ilmu dan idea bola sepak yang mereka ada.
PBMMK PERLU UNTUK SALING MELENGKAPI
Platform kumpulan PBMMK adalah perlu. Tanpa PBMMK, ERA 80an dan LAGENDA KELANTAN akan lemah. Begitu juga sebaliknya.
Jadi boleh dikatakan gabungan ini realistik jika pertimbangan emosi diketepikan. Disana adalah satu kumpulan yang dipenuhi oleh orang bola berkoloborasi dengan orang yang mempunyai jambatan platform.
BUKAN UNTUK BERLAWAN, TETAPI UNTUK BEKERJASAMA
Objektif BBBSK adalah bola sepak. Semata mata bola sepak. Sebarang pertembungan bidang lain bukan agenda.
Umum dengan mudah boleh melihat siapa BBBSK dan siapa KAFA. Tetapi di ERA 80an dan LAGENDA KELANTAN hanya berkiblatkan bola sepak.
KAFA vs BBBSK?
Tidak, BBBSK bukan untuk bersaing dengan KAFA. BBBSK cuma mencari titik-titik sama dalam bola sepak Kelantan.
Tidak, BBBSK bukan untuk bersaing dengan KAFA. BBBSK cuma mencari titik-titik sama dalam bola sepak Kelantan.
ISU
Kelantan mempunyai isu meruncing apabila pengurusan KAFA runtuh terutama berkaitan krisis kewangan, krisis keyakinan penaja dan krisis kepercayaan penyokong.
Kelantan mempunyai isu meruncing apabila pengurusan KAFA runtuh terutama berkaitan krisis kewangan, krisis keyakinan penaja dan krisis kepercayaan penyokong.
BBBSK cuma bertindakbalas atas kerisauan isu isu-isu yang timbul. 3 persatuan itu tidak akan kuat jika tidak berada dibawah satu bumbung BBBSK.
Lebih kuat jika KAFA menjumpai titik persamaan demi bola sepak Kelantan.
**Hamid Ghani adalah pertahanan tengah kelantan e 60/70an.
Via: FB Zuraimi Zukri
Via: FB Zuraimi Zukri
APA ITU BBBSK?
Reviewed by Unknown
on
11:38 PM
Rating:

No comments: