Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan - BBBSK
BBBSK perlu konsisten dan mempunyai pelan yang lebih panjang.
Selepas memasuki hari ke-4 BBBSK ditubuhkan dengan matlamat mewujudkan dana kecemasan bola sepak Kelantan. Pelbagai idea dilontarkan.
Salah satu yang menarik adalah, pergerakan BBBSK perlu bermatlamat dan bervisi lebih dari menyelamatkan bola sepak Kelantan.
BBBSK kelihatan mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam jangka masa panjang.
BBBSK mempunyai kekuatan DNA bola sepak dengan penglibatan bekas bekas pemain bola sepak sendiri. Dalam industri bola sepak sudah pasti pemain itu adalah nadi industri.
Dalam konteks bola sepak Malaysia, kekuatan politik untuk menyediakan platform juga tidak boleh dinafikan.
Tanpa salah satu dari 2 perkara ini, bola sepak tidak akan sempurna dan sering terbantut perkembangan.
Terdapat beberapa kumpulan kelab penyokong, salah satu adalah kelab penyokong paling aktif dan mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia juga kelihatan mahu menjadi sebahagian dari gerakan ini.
3 kombinasi yang kelihatan mempunyai potensi besar dalam merubah langskap bola sepak Kelantan dalam pelan jangkamasa yang panjang.
Kombinasi orang bola, orang politik, kelab penyokong dan individu mempunyai kepakaran berbeza mungkin sekadar impian. Jika ada permulaan... evolusi mungkin boleh dimimpikan.
BBBSK perlu melihat lebih jauh. Lebih dari sekadar mewujudkan tabung dan diserahkan kepada KAFA.
Merujuk tulisan LTK berkaitan Chinese Super League akan runtuh dengan kemewahan melampau tanpa asas pembangunan yang kukuh.
Apa beza dengan Liga Super Malaysia. Tiang hampir tidak mampu menahan kemewahan. Liga Malaysia cuma boleh berbangga dengan Liga gaji paling mewah di Asean tetapi cacat.
BBBSK boleh menghala kepada pelan jangka panjang melebihi daripada pelan jangka pendek yang sekadar menampung perbelanjaan mewah itu.
BBBSK perlu meneruskan usaha dan melihat mewujudkan padang latihan dan fasiliti tetap seperti bangunan pengurusan atau kelengkapan kekal.
Jika BBBSK sudah mempunyai ini, itulah masa terbaik dan masuk dengan bergaya membantu bola sepak Kelantan. Membantu bola sepak Kelantan dengan cara yang bola sepak amalkan, bukan cara bidang lain.
Fasiliti boleh menjana pendapatan, fasaliti boleh menarik minat penaja, fasaliti boleh memperlihatkan imej pasukan. Fasaliti boleh menarik minat pemain. Fasiliti itu identiti pasukan.
Dalam gabungan BBBSK sudah mempunyai 1 akademik bola sepak. Walau kecil ia tetap sudah ada.
Banyak pasukan membina pasukan terlebih dahulu berbanding fasiliti. Kekuatan BBBSK sebenarnya menjadi impian beberapa individu yang mahu membina pasukan sendiri.
BBBSK ada potensi, ada kekuatan cuma tidak dimaksimakan.
Melihat SAA dan TCFC, mereka tidak mempunyai kekuatan ikon bola sepak dan sambungan politik. BBBSK ada.
Seperti perkara yang mudah disebut...
1... Dana awam (derma) sebagai modal permulaan.
2... Wujudkan fasiliti seperti padang dan pusat urus tadbir.
3... Pergi kepada amalan lebih moden seperti mengumpul keahlian.
4... Menyambung kepada pelan dengan akademik.
5... Mula membina pasukan u21, masuk ke Liga FAM dengan kos nilai pendapatan pasukan.
6... Kembangkan.
Tidaklah terlalu teruk jika pasukan itu dibentuk dengan pemain u21 atau u19. Konsep yang sama yang dilakukan oleh HMA.
Menentang perbelanjaan mewah untuk super star pemain malaysia yang berlegar di tangga ke 170 dunia.
Membangunkan pemain bola sepak dengan pembangunan pemain muda.
Memberi education yang betul tentang bola sepak bukan semata mata piala.
Jadi dimana teruknya dengan membina pasukan u21 atau u19 di Liga FAM?
Apa yang lebih mahu dicapai dan dilihat adalah...
Ooo... itu training ground pasukan bla bla bla dengan pemandangan sensasi bola sepak dan pasukan yang sentiasa stabil dan beridentiti walaupun murah.
Jadi...
Pasukan dahulu atau padang dahulu.
Ada padang, 1001 jalan, cara dan idea akan terbuka.
Tepuk dada tanya rakan, sebagai pencinta sukan ini apa yang lebih dibanggakan...
1... Mempunyai pasukan tanpa fasiliti yang penuh dengan pemain bernilai jutaan ringgit
2... Mempunyai fasiliti jutaan ringgit dengan hanya pemain part time atau cuma pemain u21.
Apa itu sebenarnya bola sepak di Malaysia?
Via:Forum Bolasepak
Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan - BBBSK
Reviewed by Unknown
on
12:06 AM
Rating:

No comments: